Web Analytics

8 Blogger Terbaik di Malaysia

Sebagai seorang Blogger Malaysia apa salahnya aku buat review sikit mengenai blogger terbaik kat Malaysia ni kan. Tak payah nak pening kepala pilih mana blogger terbaik. Aku akan pilih mengikut apa yang aku rasa suka.

Sebelum aku membuat review tentang 8 Blogger Terbaik Malaysia ni, aku ingatkan bahawa pemilihan dan review mengenai blogger Malaysia ini adalah berdasarkan apa yang aku suka baca dan konsep blog yang mereka gunakan untuk berblogging. Tiada unsur-unsur hasutan atau faktor ranking dunia dalam dunia blogging. Pemilihan yang aku buat juga tidak mengira usia blog tersebut. Di ingatkan juga entri ini aku pasti akan menjadi sangat panjang. Harap pihak penganjur membenarkan entri ini masuk ke dalam contest.

Baiklah aku teruskan dengan pemilihan blogger terbaik Malaysia pendapat aku :-

Tidak salah aku meletakkan beliau sebagai diantara 8 Blogger Terbaik Malaysia. Walaupun beliau merupakan orang kampung aku, tetapi bukan sebab itu aku menyukai penulisan beliau. Cara penulisan yang sempoi dan santai membuat aku tidak jemu membaca berulang kali entri yang beliau tulis..hahaha.. Jujur ni bukan bodek.. Encik Menteil juga adalah orang pertama yang membuka mata aku tentang dunia blogging. Aku ingat lagi masa tu dia datang nak beli coki-coki, lepas tu lepak cerita pasal dunia blogging sikit. Aku rasa kalau Encik Menteil tak ada cerita pasal dunia blog, mungkin sampai sekarang aku tak tau nak buat blog..hahaha.. Aku harapkan sangat Encik Menteil akan menulis semula di dalam dunia blogging Malaysia ni dan kutuk aku..hahaha

Kujie2.Com

kujie2

Tidak dapat dinafikan Kak Jie memang merupakan Top Blogger di Malaysia. Terlalu banyak perkongsian yang Kak Jie lakukan dalam dunia blogging. Banyak juga tips-tips yang aku amik dari perkongsian beliau dan aku sematkan dalam sanubari aku. Kak Jie juga merupakan antara blogger yang aku segani dalam dunia blogging Malaysia.

Tidak salah aku meletakkan Kak Jie diantara 8 Blogger Terbaik Malaysia. Kekadang aku sampai tak berani nak tinggalkan komen di blog beliau memandangkan betapa kecil diriku ini nak memberikan komen terhadap blog beliau. Maklumla Kak Jie merupakan blogger Malaysia yang dah makan asam garam terlebih dahulu daripada aku jadi tiada apa yang aku boleh komen selain meninggalkan komen-komen yang biasa sahaja di blog beliau. Aku harap Kak Jie akan terus maju dalam dunia blogging dan menjadi blogger Malaysia yang terkenal di serata dunia.

Kujie2.Com

AzmanIshak.Com

azmanishak

Blogger yang bernama Azman Ishak ini juga merupakan salah seorang Top Blogger di Malaysia ni dan aku sering berkunjung ke blog beliau untuk tengok gambar. Memang aku sukakan gambar tetapi aku tidak suka camera atau menangkap gambar.. Gambar yang dikongsikan oleh blogger Azman Ishak ini sangat mengujakan aku untuk terus menunggu beliau berkongsikan gambar yang seterusnya.

Blogger Azman Ishak memang layak untuk aku senaraikan sebagai 8 Blogger Terbaik Malaysia dari segi konsep beliau berblogging dan cara penulisan yang beliau gunakan. Membuat aku menanti update daripada blog azmanishak.com. Teruskan dengan usaha bro menulis dan mengembangkan lagi syarikat yang sedang bro usahakan. Semoga bro Azman Ishak terus berjaya.

AzmanIshak.Com

LizaRazak.Com

Korang kenal ke Liza Razak atau nama panggilan Lizz ni?? Mesti ramai kenal kan. Beliau seorang blogger yang dah lama juga dalam industri blogging kat Malaysia ni. Bermula menjadi blogger pada 2007. Aku tahu mengenai blog beliau pada tahun 2009. Rajin juga aku baca blog Lizz ni. Cara penyampaian di dalam blog yang menarik dan ringkas. Aku pun tak pening kepala untuk memahami setiap perkara yang ingin Lizz sampaikan.

Tak salah juga aku senaraikan blogger Liza Razak sebagai 8 Blogger Terbaik Malaysia. Setiap entri yang beliau keluarkan pasti ada maksud yang ingin di sampaikan kepada pengunjung blog beliau. Ko jangan gelak Lizz kalau baca entri ni dan jangan tanya darimana pencetus tu datang. Harap Blogger Lizz terus menulis untuk semua pengunjung blog baca.

LizaRazak.Com

CikguHairul.Com

cikguhairul

Sejujurnya aku baru kenal je blogger Cikgu Hairul dalam dunia blogging ni. Bukan kenal beliau di alam nyata cuma dalam dunia blogging Malaysia ni je. Pertama kali aku membaca hasil penulisan Cikgu Hairul, terus terpikat untuk membaca entri-entri yang dikeluarkan oleh beliau sebelumnya. Memang menarik cara penulisan beliau dan banyak menyentuh jiwa dan sanubari aku ni.

Tak salah untuk aku senaraikan blogger Cikgu Hairul sebagai 8 Blogger Terbaik Malaysia kerana setiap penulisan yang beliau keluarkan pasti mendatangkan impak dalam diri setiap pengunjung yang membacanya. Aku harapkan Cikgu Hairul terus menulis walaupun terdapat kekangan masa dan terus maju di masa hadapan.

CikguHairul.Com

Akubiomed.Com

akubiomed

Blogger Akubiomed juga seorang yang baru aku kenal dalam dunia blogging di Malaysia ni. Aku rasa macam pernah terbaca blog beliau ni sewaktu ketika dahulu. Tapi aku tak ingat dah..hahaha.. Akubiomed juga antara Top Blogger di Malaysia. Semua orang kenal beliau. Apa yang minat macam biasalah mesti la penulisan beliau. Kalau aku tak minat sure aku tak baca lah kan.

Memang aku patut letakkan blogger Akubiomed sebagai 8 Blogger Terbaik Malaysia kerana perkongsian beliau dalam dunia blogging Malaysia ni. Memang banyak informasi terkini lagi sensasi. Terdapat juga tips blogging di dalam blog beliau tapi kena pandai cari la..hehe. Tak berani la aku nak tulis pasal blogger Akubiomed ni banyak-banyak takut tersalah informasi pula nanti kan. Harap bro Akubiomed terus maju di masa-masa akan datang.

Akubiomed.Com

DenaiHati.Com

denaihati

Hidup Untuk Memberi begitulah tagline yang digunakan oleh blogger Denaihati untuk blog beliau. Memang dah terlalu banyak yang Denaihati telah sumbangkan di dalam dunia blogging. Aku kenal blogger Denaihati pada tahun 2009 dan pernah sekali aku join Contest yang beliau anjurkan iaitu Hidup Berani Untuk Gagal dan aku antara yang telah gagal dalam pertandingan itu. Peace yo..

Memang layak blogger Denaihati untuk aku senaraikan sebagai 8 Blogger Terbaik Malaysia kerana sumbangan beliau telah banyak mencorakkan kehidupan blogger-blogger di Malaysia ini. Pelbagai program yang beliau anjurkan menjadi pencetus untuk para blogger Malaysia terus hidup blogging. Hidup berani untuk gagal mencetuskan aku untuk menyertai contest SEO pada kali ini. Terima kasih Denaihati dan harapan aku Denaihati terus maju dalam arena blogging Malaysia.

DenaiHati.Com

Fanikatun.Com

fanikatun

Penulis blog Fanikatun.Com bernama Ahmedfani. Mungkin nama pena blogger ini. Aku baru kenal je dengan blogger ni. Apa yang best mengenai Ahmedfani ialah beliau kurang menulis. Cara beliau menyampaikan apa yang terbuku di hati ialah dengan melukis. Banyak animasi kartun yang beliau keluarkan di dalam blog beliau. Sejak tahun 2000 beliau bersama blog Fanikartun. Beliau juga salah seorang siswazah daripada Multimedia University, Cyberjaya.

Walaupun blogger Ahmedfani menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian tetapi beliau layak tersenarai sebagai 8 Blogger Terbaik Malaysia dari segi pendapat aku. Mengapa beliau layak? Dari isu semasa, keagamaan dan sahsiah diri semua beliau sampaikan melalui animasi yang beliau lukis dan semua mempunyai maksud yang tersendiri. Semoga blogger Ahmedfani terus berjaya dalam penyampaian melalui animasi beliau bukan setakat di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa juga.

Fanikatun.Com

Mohdisa.com

mohdisa

Sewaktu ketika dahulu aku selalu juga mengunjungi blog beliau ni. Tapi sekarang baru aku terjumpa kembali blog blogger Mohd Isa ini. Memang banyak tips dan informasi yang beliau sampaikan. Cara penulisan yang santai membolehkan aku melepak lama-lama membaca perkongsian yang beliau buat. Teknik SEO paling banyak la aku belajar daripada perkongisan beliau.

Memang layak la blogger Mohd Isa aku senaraikan sebagai 8 Blogger Terbaik Malaysia kerana beliau tidak jemu-jemu berkongsi pendapat dan ilmu yang beliau tahu. Boleh dikatan blog beliau diantara yang sering aku lawati untuk menanti entri terbaru walaupun aku boleh cek kat emel je..hahaha.. Tapi disebabkan malas membuka emel aku terus terjah blog beliau. Aku harap blogger Mohd Isa terus maju dalam dunia blogging Malaysia ini.

Mohdisa.com

Habis pun aku menyenarai blogger-blogger pilihan hati aku. Bukan senang nak pilih sebab terlalu banyak blogger yang bagus dalam industri blogging Malaysia ini. Mereka ini memang best bagi aku yang membaca blog-blog mereka. Memang layak menjadi 8 Blogger Terbaik Malaysia. Tapi majoriti blogger aku pilih adalah lelaki kan. Selain penulisan, aku juga memilih mengikut kekemasan blog dan loading speed blog. Maklumla internet aku ni memang problem sikit kalau nak bukak blog yang banyak application di dalam blog.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *