Adakah anda sedang mengalami sakit gigi? Jika ya, tunggu apa lagi, pergilah ke klinik pergigian dengan segera! Kalau anda baru tinggal di sekitar Shah Alam dan masih mencari-cari klinik pergigian yang berdekati dengan tempat tinggal anda di sana.
Ataupun mungkin sudah lama menetap di kawasan ini, tetapi kerana jarang mendapat sakit gigi, jadi tidak pasti klinik mana yang sesuai dengan citarasa dan keperluan anda, maka silalah ambil perhatian dengan isi kandungan artikel ini yang akan memperkenalkan beberapa buah klinik gigi yang bagus di Shah Alam ini.
1. Klinik Dr. Rosli
Pertamanya, Klinik Dr. Rosli di seksyen 18 merupakan antara klinik pergigian Shah Alam yang dibuka untuk 24 jam. Jadi kalau anda sakit gigi pada tengah-tengah malam, jangan risau, Klinik Dr. Rosli bakal membantu anda mengurangkan sakit gigi.
Dengan pembukaan klinik 24 jam, ia memang sangat memudahkan untuk ramai orang kerana bukan semua orang mempunyai masa hendak pergi ke klinik pada siang hari.
Klinik Dr. Rosli
Klinik Dr. Rosli juga ada beberapa cawangan lain di kawasan Shah Alam ini. Seperti di seksyen 7 dan lokasinya yang berada di kawasan padat pelajar kerana dikelilingi universiti utama di Malaysia seperti INTEC Education College, Management & Science University (MSU) dan Uitm kampus Shah Alam.
Klinik Dr. Rosli sudah menjadi pilihan popular di kalangan pelajar. Ada juga terdengar khabar di mana klinik ini berkolaborasi dengan institusi pendidikan yang tersebut untuk menyediakan perkhidmatan percuma kepada pelajar yang belajar di institusi itu.
Apalagi, kalau anda seorang pelajar di sini, cubalah bertanya. Mana tahu, untung badan, boleh berjimat duit belanja. Klinik Dr. Rosli sudah lama tertubuh, sememangnya sebuah klinik pergigian Shah Alam yang patut dikunjungi.
2. Klinik Pergigian Seksyen 19
Klinik pergigian Shah Alam kedua ialah Klinik Pergigian Seksyen 19. Semestinya untuk prosedur perubatan pergigian yang lebih kompleks dan rumit. Dalam erti kata lain, juga bermaksud harganya adalah lebih mahal berbanding dengan klinik pergigian lain. Ramai akan melihat alternatif ke klinik pergigian kerajaan jika nak jimatkan wang.
Rawatan gigi di klinik swasta untuk jenis sederhana juga boleh mencecah ribuan ringgit. Manakala di klinik kerajaan, harganya sangat murah adalah rata-rata di bawah RM100. Kecuali bagi rawatan yang memerlukan prosedur pembedahan lanjut.
Sebenarnya, kerajaan Selangor telah menyediakan banyak klinik kerajaan di Shah Alam. Bukan di seksyen 19 sahaja, dan amat memudahkan juga kerana ia beroperasi seawal 7.30 pagi. Namun, pastikan jangan terlewat kerana klinik ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai para pesakit sekalian.
3. Zahida Dental
Reka bentuk klinik kebiasaannya berkonsep bersih dengan reka bentuk biasa, mudah, praktikal, dengan warna tema tipikalnya iaitu putih. Kalau anda sejenis yang menghargai reka bentuk dalaman, dan setiap tempat dikunjungi mesti direka bentuk cantik, maka, Zahida Dental adalah sesuai untuk anda. Dan jika anda mempunyai anak kecil juga, kewujudan mesin permainan arked di klinik ini juga mungkin boleh membantu mengurangkan gemuruh anak anda.
4. Klinik Pergigian Dr. Azila
Klinik ke-4 adalah Klinik Pergigian Dr. Azila di Persiaran Tengku Ampuan. Kalau anda seorang yang sangat sibuk dan juga mempunyai urusan di Jabatan Pendaftaran Negara, ini adalah pilihan terbaik kerana jabatan ini terletak berhampiran. Terdapat banyak juga restoren dan bank-bank berhampiran. Sangat membantu menjimatkan masa.
5. Empire Dental
Bagi yang tinggal atau bekerja di sekitar Bukit Jelutong, anda boleh berkunjung ke Empire Dental. Nama klinik ini memang betul kena dengan gaya tema klinik ini. Reka bentuknya terlihat mewah, ala-ala British, dengan mini-chandelier, dan bilik rawatannya berdinding kaca atau tingkap besar dengan permandangan mendamaikan jiwa. Ramai juga artis buat rawatan di sini. Kalau anda minat juga artis-artis, mungkin boleh cuba nasib sambil-sambil merawat gigi anda.
6. Klinik Pergigian Setia Alam
Antara klinik pergigian terawal di Setia Alam adalah Klinik Pergigian Setia Alam, sebab itu namanya betul-betul nama kawasan ini. Jadi, anda tidak perlu khuatir dengan tahap kualiti pengurusannya. Kebanyakan klinik sekarang tidak beroperasi pada hujung minggu. Namun, klinik ini dibuka separuh hari pada hari Sabtu. Ia juga berada dalam kawasan banyak kedai-kedai, dan juga berhampiran tapak Pasar Malam Setia Alam.
7. Klinik Pergigian Khairuddin
Dan klinik terakhir yang akan saya kongsikan dengan anda adalah, Klinik Pergigian Khairuddin. Klinik ini juga terletak di Seksyen 19. Ia merupakan klinik pergigian Shah Alam yang boleh dipercayai.
Ia terletak sangat dekat dengan Kawasan Miel iaitu kawasan perindustrian, kilang-kilang seperti Gardenia, Panasonic dan sebagainya. Bagi mereka yang bekerja dekat di kawasan itu, bolehlah singgah. Setiap hari bekerja, ia dibuka sehingga jam 7 malam.
I want to do my teeth … Teeth plastic..how much price.. my age is 17