Web Analytics

6 Tips Untuk Elak Blog Jadi Usang

Blog ni dah usang ? Dak aih ! Tidak sesama sekali usang. Itu hanya sangkaan yang kurang positif dan tak patut dikeluarkan melalui bibir mahupun hanya bermonolog. Tak patut !

Okeh. Aku mengaku lama tak menulis, itu dah menjadi satu kebiasaan dah tapi tak seharusnya menjadi tabiat. Sebab ? Malaih nak bagitahu, alasan ja lebih tapi bila korek dalam, ternyata kemalasan yang menjadi persoalan utama, haha.

blogging tips

Tapi takpa, nah 6 tips untuk elak blog jadi usang.

1. TERUSKAN MENULIS WALAUPUN SIBUK

Sesibuk mana pun sampai tahap tak boleh lepaskan siri ultraman taro tv3 tu, sila tulis blog, habis cikai pun tulis point-point penting yang bolehkan korang menulis dengan bagus tanpa sesat jalan cerita entri atau post tersebut, ingat tu. Kalau korang serius nak berblog macam aku, ehem ehem, korang tetap kena luangkan masa jugak untuk menulis. Ada sesetengah blogger serius bagi komitmen besar terhadap blog.

Ada yang sampai tahap lebam bijik mata hadap laptop hampir subuh dan alhamdulillah, beliau tetap bangun solat subuh.

Ada yang pergi ke hulu hilir, utara selatan, demi menerima jemputan hanya kerana penulisan beliau.

Ada yang kena urus anak, sorang sibuk sepahkan mainan, sorang lagi sibuk dok merengek.

Ada yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan sampai kerja pejabat bawak balik rumah.

Sibuk-sibuk diorang, tetap jugak dapat menulis blog. Terbaik ! Jangan jadi macam aku, alahai, nak raya pun kecoh dan buat-buat sibuk bagai sampai tak sempat tulis blog. Puii.

2. KERAHKAN SEMANGAT MENCARI LIPUTAN INTERNET

Sesuai sangat la bagi yang update blog guna liputan internet berpaksikan liputan telefon. Fuh. Kadang-kadang menyirap beb sampai tahap elok-elok dok 3G, buka je browser, terus EDGE. Poraahhh !

Masa raya minggu lepas kat Kemaman. Ya, aku beraya di Terengganu tahun ni, habis citer. Aku terpaksa bergantung pada liputan telefon, ada spot ok ada spot tidak, secara amnya, tidak ok. Habis slow, aku dapat bukak game CoC, tu pun cam siput jalan, hahaha.

Itulah dugaan, aku tak boleh komplen okeh.

Maka, aku keluar rumah dan pergi ke bandar lebih kurang 20km demi mencari liputan internet yang lebih baik dan pada masa tu masih lagi bulan ramadan. Jalan sana sini, singgah kat satu masjid yang boleh tahan besaq jugak dan liputan kat situ, 3G++ beb, perghhh ! Happy tak terkata.

Tapi malang tidak berbau, aku tak bawak laptop.

3. LETIH TAK LETIH, TULIS JUGAK

Antara sebab blog jadi usang adalah si blogger sendiri tu terlalu letih atau buat-buat letih, hahaha. Tapi aku percaya, bagi yang blogger-blogger serius, aku pasti letih diorang berbaloi sebab aku tahu diorang enjoy jadi blogger sama ada dapat pergi event, dapat jumpa kekawan, dapat sponsor bagai, dapat buat duit, dapat makan free dan yang paling best, dapat dok homestay diskaun 90%, fuhhh.

Daripada situ, blogger dapat menulis dengan baik walaupun letih sebab ianya best. Itu fakta dan aku sendiri setuju.

Dan untuk letih bukan sebab blog, anda tetap jugak kena menulis.

Cuma aku punya letih special case, TERKECUALI. Raya tahun ni di Terengganu, beraya dah satu hal, kena drive balik sepanjang 200km lebih dan sila take note okeh, aku bukan jenis bawak kereta jauh-jauh, last sekali aku drive dari Kuala Terengganu ke Kelantan, demam beb, hahaha. Ni pulak dari Kemaman, lagi jauh. Balik rumah, kena tolong mak kat kedai dan beraya kat rumah kekawan sekolah pulak.

Nostalgiknya, aku demam hari raya kelima, huhu.

4. JANGKITAN KUMAN BUKAN PENGHALANG

Sambungan yang atas, aku demam disebabkan ada jangkitan kuman dalam darah. Alhamdulillah, aku dah beransur pulih dan dah boleh slow-slow usha blog, email, ashadee dan sebagainya.

5. JANGAN LAYAN SANGAT SIKAP MALAS

Segala dugaan; sibuk dengan kerja, internet lambat laju lambat laju, letih memanjang masa, sakit dan sebagainya yang jadikan aku susah nak menulis blog, kadang-kadang bukanlah disebabkan dugaan, ianya sebab malas. Dugaan tu hanya alasan.

At least, tu yang aku rasa.

Dan masih lagi merasa ketika aku menulis post ni.

Tapi kena kerahkan jugak sebab malas tu sikap ja, kalau layan ,memang kelaut la jawabnya, hahaha. Ubatnya, teruskan menulis kalau anda seorang blogger. Teruskan mengajar kalau anda seorang guru. Teruskan melatih kalau anda seorang pelatih. Bosan ? Haihh, baca buku pun bosan beb tapi kenapa masih ramai membaca ?

Haaaa.

6. SILA BUAT 5 TIPS KAT ATAIH NUN

Skrol atas balik, baca untuk kali kedua dan terapkan.

Cukup kot 6 tips berharga nih. Buatlah dengan aman damai disertai keikhlasan, insya Allah, sebarang kerja pun boleh buat yang penting halal dan berkat. Dapat sikit pun dah cukup.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *