Selalunya, ada 4 sebab mengapa aku akan membuat dan menyambung kerja di cyber cafe. Walaupun semuanya telah tersedia, tetapi kadang-kadang bosan juga asyik terperap di rumah. Siapa kata blogging itu “best, duduk kat rumah jer kerjanya”.
Jadi di bawah adalah 5 sebab yang merupakan sebab yang besar tentang mengapa aku selalu lepak kat cyber cafe:
1. Rasa Bosan Tahap Gaban
Kadang-kadang bila tiba satu tahap yang tertentu, aku memang akan pergi ke cyber cafe pada masa idea untuk tulis blog sudah tidak dapat dihasilkan.
Bila di dalam cyber cafe, selalunya poisture dan kerusi yang empuk serta mahal itu akan membuatkan aku rasa lebih selesa dan senang hati. Ia dapat tenangkan minda aku. Oh ya… cyber cafe yang aku kunjungi tu memang menyediakan kerusi yang agak mewah.
Blogging space aku tidaklah semewah yang aku inginkan. Tetapi aku memang ada impian untuk membuat satu bilik khas untuk kerja blogging yang mempunyai air-cond dan berkerusikan boss chair.
Kadang-kadang aku juga ada terfikir, kenapa kebanyakan cyber cafe yang aku pergi tidak tahu untuk “tackle” hati pelanggan mereka. Walaupun kebanyakan daripada mempunyai internet connection yang laju, tapi kerusi bukan sangat selesa untuk duduk.…hampeh, sakit bontot. Tidakkah pengusaha cyber cafe itu sedar bahawa lebih selesa pelanggannya, lebih lama mereka akan duduk dan berinternet?
2. Tiada Internet Connection
Ini memang tiada alasan untuk tidak kunjung ke cyber cafe. Memang internet di tempat duduk saya bukan stabil sangat. Kadang-kadang servis akan putus walaupun aku tak pernah hutang yuran bayaran internet kepada Telekom. Syarikat ni memang perlu mempertingkatkan servis mereka.
Jika tidak, lebih baik lah buka pasaran untuk syarikat dari luar negara bertanding, mungkin servis akan meningkat dengan segera. Harga internet pun akan turun kot? Maka dengan ini dapat memberi manfaat kepada para pengguna internet di negara ini. Tidak perlu seperti aku perlu pergi ke cyber cafe setiap kali internet putus di rumah aku.
3. Bila Ada tutorial blogging
-Kalau lelaki bujang, aku tidak kisah untuk buat tutorial blogging di rumahnya. Tapi kebanyakan orang yang ingin dapatkan tutorial semua merupakan wanita dan isteri orang. Jadi untuk mengelakkan parang dan kapak diletakkan di leher aku, adalah lebih baik aku membuat tutorial ini di tempat awam seperti cyber cafe.
Niat di hati memang nak punyai premis sendiri, tapi apakan daya… modal tak cukup. Adakah sesiapa di sini yang bermurah hati untuk jadi pelabur dan berikan sokongan sikit kepada aku …? huhuhu.
4. Hujan dan Petir Pada Skala 7 Petala Langit, 7 Petala Bumi
Aku sudah tak larat untuk beli modem baru lagi. Area dan tempat aku ni memang selalu jadi tempat favorite petir berdentum dan menyambar bumi. Jadi walaupun internet connection pada waktu itu amatlah bagus tetapi petir sudah mula mengeluarkan petandanya, aku akan terus cabut semua plug dan menyambung kerja di cyber cafe seperti biasa.
5. Main Game
Aku pergi cyber cafe kalau aku nak main game. DI rumah bukan tidak ada game. Tapi di cyber cafe, aku akan lawan CS atau warcraft dengan pelbagai otak. Cina, India dan Melayu berentap. Memang best kalau aku rasa bosan di rumah.
Boleh saja aku main game online tapi kalau game LAN adalah lagi best. Pergerakan tidak akan sangkut. Boleh kata internet di Malaysia ni tidak cukup smooth lagi kalau nak main game online.
Jadi di atas merupakan 5 sebab utama mengapa aku pergi ke cyber cafe walaupun aku ada melanggan internet servis di rumah aku.
Kamu pula bagaimana? Adakah sesiapa yang macam aku yang ada kunjung ke cyber cafe dari masa ke masa? Adakah kerana mamat dan awek yang kendalikan cyber cafe itu hensem atau cun?