Web
Analytics

5 Model Konsep Lotus Terbaru

Hari ni tak ada berita yang menarik dalam Buletin Utama tadi kecuali terdapat berita tentang 5 model kereta konsep terbaru yang merupakan keluaran dari Lotus.

Kalau sebelum ni Lotus memperkenalkan Lotus Evora yang sudah memasuki pasaran Malaysia dan mendapat pujian daripada Jeremy Clarkson dalam rancangan Top Gear, kali ini terdapat 5 lagi kereta yang berkuasa tinggi dan memukau pandangan setiap pengunjung di Paris Motor Show 2010. Memang anggun dan elegan.

Bayangkan korang memandu kereta-kereta dari Lotus ni dengan penuh gaya pada waktu malam di tengah-tengah kota dengan disinari lampu-lampu neon. Mata-mata memerhatikan korang tanpa berkelip. Dapat bayangkan tak hehe. Kalau dapat satu ni memang kembang hidung jawabnya hehe.

Lotus Esprit

2 tempat duduk dengan enjin 5.0 liter V8 berkuasa kuda 620ps dan 720Nm tork, digandingkan bersama-sama kotak gear ‘dual-clutch’ 7 kelajuan. Harga yang bakal ditawarkan pada 2013 nanti berada sekitar $175,000.00.

Lotus Elan

Model kereta ini dilengkapi dengan enjin supercas 4.0 liter V6 dengan kuasa setinggi 450ps dan 465Nm tork bersama-sama kotak gear 7 kelajuan ‘dual-clutch’ dari Toyota. Bakal diumumkan pada 2013 dengan harga sebanyak $118,500.00.

Lotus Elite

Bakal dikeluarkan pada 2014 dengan harga dalam lingkungan $180,000. Menggunakan enjin yang dimodifikasi semula iaitu enjin 5.0 liter V8 yang boleh didapati pada model Lexus IS-F dan berkuasa setinggi 611hp.

Lotus Elise

Mempunyai kuasa sebanyak 320ps dan 330Nm tork. Menggunakan enjin 2.0 liter dari Toyota dan transmisi manual 6 kelajuan termasuk pilihan ‘paddle-shifted automatic transmission’. Berharga $55,000.00 dan bakal dikemukakan secara rasmi pada 2015.

Lotus Eterne

Model sedan 4 pintu pertama keluaran Lotus. Dikuasakan enjin V8 5.0 liter dari Toyota, kuasa yang dihasilkan setinggi 620ps dan 720Nm tork. Model ini mempunyai pilihan enjin hibrid dan tersedia pilihan pacuan roda belakang dan pacuan semua roda. Dijangka akan diumumkan pada 2015 dengan harga sekitar $190,000.00.

Maklumat terperinci boleh diperolehi di laman web Lotus Cars, ada video sekali. Sekali tengok video tu macam dalam game Need For Speed Carbon pulak eheh. Apa-apa pun memang mengujakan. Tahniah buat Lotus. Naik namalah Proton nanti.

Leave a Reply