Web Analytics

3 Peringkat Blog. Blog Anda Di Mana?

Setiap blogger akan melalui peringkat-peringkat penting dalam dunia blogging. Saya tidak terkecuali. Ada masa blog saya naik, dan ada masa blog ini akan mengalami kejatuhan trafik yang mendadak. Ingat hidup je ada lumrah, dunia blogging pun ada ok. hehehehe!!

Ok, semua tengah puasa Ramadhan kan? Jadi, saya tak nak seksa batin korang lama-lama. Mari teruskan saja pada tajuk artikel kali ini “3 Peringkat Blog”. Peringkat permulaan, peringkat kejatuhan dan peringkat kemuncak. Izinkan saya menghuraikan serba sedikit tentang setiap peringkat blog ini ok.

Peringkat Permulaan

Kalau anda blogger baru, janganlah bersedih atau berkecil hati dengan keadaan ini. Maksud saya, peringkat permulaan ini atau dalam bahasa sedih, saya suka sebut “peringkat kemurungan” hahahaha!!! Kenapa murung? Ok, macam ini. Biasalah, benda baru. Blog pun sama. Blog baru MEMANG akan mengalami sindrom ni, di mana korang akan perasan jumlah pelawat yang masuk ke blog korang adalah “ZERO”.

Kalau adapun, tentunya korang sendiri yang syok sendiri tengah baca artikel-artikel korang. Janganlah sedih, ini perkara biasa. Semua blogger terkenal seperti Denaihati.com, Yanmieonline.com dan blog ariffshah.com pun pasti pernah alami situasi ini.

Blog lizarazak.com pun pernah!

Jadi, tak perlu risau. Cukuplah dengan tanamkan sifat sabar dalam diri korang. Ini baru permulaan. Peringkat ini biasanya akan ambil masa dalam 4-5 minggu juga. Tapi kalau korang jenis pandai promosikan link blog guna media sosial, tempoh masa ini boleh disingkatkan lagi. Usaha lah!!

Peringkat Kejatuhan

Nama peringkat pun dah bunyi sedih, kan? hahahaha! Tapi, sabar. Jangan sedih dahulu. Hidup kena selalu ceria. Barulah rezeki mudah masuk. Menyimpang pulak. Ok, sambung. Peringkat kejatuhan ini, peringkat yang maaf cakap. Ramai blogger yang “give up” masa peringkat ini. Apa tidaknya, tulis artikel bagus-bagus, promosi dekat Twitter dan Facebook kemain apa tapi jumlah pembaca yang datang ke blog punyalah sedikit!

Sedih memang sedih. Tapi, rasanya kalau korang memang jenis suka menulis. Perkara macam ini tidak akan menjadi masalah besar. Ada pembaca atau tidak, yang penting kepuasan menulis tu dah dapat! Tapi, kalau menulis bukanlah hobi utama korang. Mungkin korang akan rasa sedih sikitlah bila tengok keadaan ni.

Ada blog tapi tak ada orang baca! Tak apa, jangan risau sebab sebenarnya peringkat ini tidak akan lama (sebenarnya lama.hahaha!). Korang kena fikir langkah-langkah untuk tarik pembaca ke blog korang. Macam mana? Fikirlah!! Ok, saya baik hati hari ini. Jadi, saya beri 1 tips untuk tarik pembaca ke blog.

Tulis artikel daripada hati, bukan ceduk artikel daripada surat khabar! Itu sahaja.

Praktikkan dan korang akan nampak perbezaan jumlah pembaca. Lepas itu, teruskan lagi tips saya tu dan bersabarlah dalam 2-3 minggu. Nampak tak, tempoh masa saya beri ni lebih rendah daripada peringkat permulaan? ya, memang benar sebab orang datang blog sebab mereka perlukan informasi, kalau korang mampu menulis artikel daripada hati tanpa “copy paste” pembaca akan jatuh hati dan akan terus baca dan baca lagi artikel blog korang!

Selamat maju jaya!

Peringkat Kemuncak

Hah, tahniah!!! Akhirnya korang sudah mencapai peringkat kemuncak! Peringkat di mana semua blogger impikan. Haruslah, bila dah berhempas pulas. Memanglah peringkat ini kita semua mahukan. Tak payah nak tipu. hehehehe! Percayalah, cakap saya. Kalau korang mampu lepas peringkat permulaan yang daripada ZERO pembaca kepada peringkat “ada sedikit” pembaca dan kemudian korang lepas peringkat kejatuhan yang memang memerlukan tahap kesabaran tahap tertinggi tu..korang akan rasa nikmat peringkat kemuncak ini!!!

peringkat blog

Semua usaha akan rasa berbaloi sangat. Peringkat ini, tak sama dah macam peringkat kejatuhan di mana korang tertunggu-tunggu pembaca baca artikel korang sebab untuk peringkat kemuncak, korang sudah ada pembaca setia! Hah, bolehlah perasan artis sekejap. hahahaha!!!!

Abaikan part perasan artis tu. Kalau korang suka dilayan macam artis, silakan. Saya tak berminat sangat sebab saya lebih suka orang layan blog saya macam artis daripada diri saya sendiri. wakakakaka!!!!

Cukuplah setakat ini. Apa yang penting, betulkan niat korang berblogging untuk apa. Biasanya kalau niat kita kerana mahukan kongsi ilmu berguna dan bukan informasi tidak berapa nak penting (keduniaan semata-mata), Allah akan bantu kita. Dulu, saya selalu takut nak tulis artikel berkenaan agama. Takut tak ada pembaca.

Silap ya. Manusia ketagih ilmu agama, percayalah! Jadi, jangan takut kehilangan pembaca kalau korang dah biasa tulis artikel kontroversi yang kemungkinan boleh dapat kredit dosa kepada artikel berbentuk islamik. Allah akan tolong. Trafik blog saya alhamdulilah, ok sahaja. Betulkan niat, kumpul pahala sebanyak mungkin melalui blog, buat kerana Allah bukan untuk dapat penghargaan manusia semata-mata 😉

Good luck semua!!!

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *