Web Analytics

14 Petua Selamatkan Rumah Kita

Teringat aku semasa zaman kanak-kanak dulu. Rumah arwah bapa aku merupakan rumah kayu di mana lantainya tinggi lebih kurang 7 kaki dari tanah.

Jadi kalau nak naik ke atas rumah maka kenalah melalui tangga itu. Lantainya pula agak jarang-jarang dan lubang yang ditinggalkan berselang-seli papan lantai tu lebih kurang setengah inci.

rumah kampung

Dilapik pula dengan tikar yang dibuat daripada mengkuang. Pada waktu malam amatlah sunyi dan bayangkan lah sekitar pukul sembilan atau sembilan setengah sudah tutup lampu untuk tidur. Seluruh tempat nampak amat gelap sekali.

Pada waktu tengah malam pula ketika angin yang bertiup dari sawah yang luas itu melalui bawah rumah dan menerobos lubang-lubang lantai itu membawa udara segar yang sangat sejuk.

Tidur pula menggunakan kelambu untuk mengelakkan gangguan dari nyamuk yang banyak kacau tu. Ah itu sudah cukup menceritakan betapa bahagian dan tenangnya suasana di kampung pada masa dulu.

Pintu rumah pula dibuat daripada kayu di mana kuncinya adalah kayu selak sahaja. Itu pun sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja tak mampu nak membukanya dari luar.

Siapa yang berani panjat rumah yang setingi itu untuk masuk dan mencuri? Ah, kalau kita saksikan drama-drama di television pula memaparkan orang tua dulu-dulu ada membela hantu jembalang, kononnya untuk membantu mereka membuat kerja di sawah atau ladang.

Selain dari itu menjaga segala harta benda. Peghhh…menyeramkan. Aku sendiri tak berani keluar rumah apatah lagi nak buang air pada waktu malam, seram bagi aku.

Sekarang apa sudah jadi kepada rumah kita?

rumah moden

Sekarang kita tinggal di dalam rumah batu, ada pagar, pintunya berkunci dengan besi, ada jeriji dan macam-macam lagi. Itupun pencuri atau perompak pun boleh masuk ke rumah dan mencuri apa yang ada. Wah..manusia sekarang kreatif dan bijak dalam semua lapangan.

Selaras dengan kemampuan dan kemajuan ilmu pencuri-pencuri itu apakah yang telah kita lakukan untuk memastikan mereka itu tidak menjadikan rumah kita sebagai sasaran? Berikut aku paparkan sebahagian tips-tips yang boleh kita ambil untuk memastikan rumah kita selamat:

1. Perlahankan volume talipon di rumah kita ketika kita hendak keluar rumah untuk mengelakkan pencuri mendengar deringan tak terangkat ketika kita tiada di rumah. Deringan tak terangkat itu sebenarnya mengesahkan tiada orang di rumah.

2. Adalah baik untuk elakkan tinggalkan nota atau apa-apa tanda yang menyatakan anda sudah keluar dan tiada orang yang ada di dalam rumah.

3. Jangan tinggalkan tangga atau apa-apa alat pertukangan di luar rumah kerana ia merangsang pencuri untuk menggunakannya untuk memecah pintu atau tingkap dan masuk ke dalam rumah.

4. Pasang lampu automatik bersensor di luar rumah kerana jika ada orang melepasi atau cuba memasuki rumah anda lampu itu akan terpasang secara automatik.

5. Buangkan apa-apa pokok yang boleh melindungi pencuri di hadapan atau di belakang rumah anda.

6. Pasangkan peralatan sekurity dan CCTV di dalam rumah anda supaya apabila ada penceroboh maka ia akan memberi satu isyarat jelas kepada jiran-jiran.

7. Pasanglah kunci mangga di pintu grill anda di waktu malam atau ketika anda hendak keluar dan pastikan pengunci setiap grillnya berarah kedalam rumah anda untuk mengelakkan pencuri daripada membukanya.

8. Jangan sorokkan apa-apa kunci rumah anda samada di dalam peti surat, pasu bunga atau apa-apa bekas kerana pencuri memang sudah maklum akan tabiat sebegitu.

9. Tinggalkan pesanan kepada jiran anda ketika anda hendak meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang dan beritahu bilakah anda akan pulang. Pastikan mereka memiliki no contact anda untuk melaporkan sekiranya apa-apa berlaku kepada rumah anda.

10. Musnahkan semua kotak-kotak atau apa-apa bungkusan apabila anda membeli apa-apa peralatan baru seperti komputer, TV dan sebagainya dan pastikan anda menyimpan segala nombor siri peralatan tersebut.

11. Simpan segala dokumen penting seperti geran, insuran polisi dan sebagainya di dalam peti simpanan kebal.

12. Simpanlah nombor hotline polis dalam telefon anda supaya anda dapat menggunakannya ketika kecemasan.

13. Setiap enam bulan periksalah rumah anda keseluruhan nya terutama kunci-kunci pintu dan anak kunci nya masih didalam simpanan dan ditempat yang betul.

14 Sertailah komuniti setempat atau masyarakat setempat seperti mengunjungi masjid atau surau setiap hari, kenduri, pasukan rela dan sebagainya untuk mengetahui dan mendapat maklumat berkenaan jiran di sekeliling tempat tinggal anda.

Apakah amalan yang boleh kita amalkan?

Aku nak berkongsi beberapa amalan yang boleh kita amalkan supaya segala harta kita dan keselamatan keluarga kita dilindungi oleh Allah dan diberkati juga. Antaranya:

  1. Amalkan membaca ayat-ayatul kursi setiap kali lepas sembahyang dan juga sebelum tidur.
  2. Amalkan membaca surah al Quraisy setiap kali kita hendak keluar dari rumah.

Entri kaitan:
Rumah Mesra Rakyat – Skim Bantuan Perumahan Anda Mungkin Tidak Tahu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *