Web Analytics

10 Karakteristik Utama Pemandu Pelancong

Kerjaya sebagai seorang pemandu pelancong adalah satu kerja yang amat menyeronokan. Selain dari dapat berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan lapisan masyaraka,t ia juga memberikan pengalaman menarik bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka yang rata-ratanya datang dari serata dunia.

Mereka mempunyai peluang untuk lihat budaya orang lain dan cara mereka tampak berbeza di pandangan kita masyarakat Malaysia.

pemandu pelancong

Namun, kerjaya sebagai pemandu pelancong juga bukan sangat mudah seperti apa yang disangka oleh kebanyakan orang. Ini adalah kerana kerjaya ini juga datang bersama dengan tanggungjawab yang harus dipikul.

Namun demikian, dengan beberapa tips yang diberi ini ia sedikit sebanyak mungkin dapat memberi anda tips dan gambaran utama yang harus ada pada pemandu pelancong.

pemandu pelancong 2

1. Mudah Difahami

Sebagai seorang pemandu pelancong yang profesional, mereka harus mempunyai gaya percakapan yang baik disamping penyampaian maklumat yang berkesan.

Ia juga bergantung kepada jenis rombongan yang mereka bawa. Terdapat banyak kategory rombongan yang boelh ditemui oleh pemandu pelancong. Seperti contoh, rombongan VIP, rombongan deligasi, rombongan pelajar sekolah atau university serta pelbagai lagi jenis rombongan yang spesifik.

Pemandu pelancong yang boleh bertutur selain dari bahasa inggeris dan bahasa tempatan (Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan lain-lain bahasa di Malaysia), seperti bahasa Rusia, Arab, Perancis, German dan lain-lain adalah bagus dan lebih bagus lagi jikalau pemandu pelancong boleh bertutur dengan dialek rombongan mereka.

2. Menepati Masa

Etika utama sebagai seorang pemandu pelancong adalah menepati masa. Kadang-kala pemandu pelancong harus bersedia untuk tugasan lebih awal dari waktu yang dijanjikan.

Selain dari itu, pemandu pelancong juga harus memastikan peserta rombongan juga menepati masa yang telah ditetapkan dalam jadual lawatan agar perjalan rombongan tidak terganggu yang mungkin disebabkan oleh kelewatan beberapa orang dalam rombongan itu.

3. Mudah Mesra

Layanan yang mesra kepada peserta rombongan haruslah diterapkan dalam jiwa setiap pemandu pelancong. Kerana pemandu pelancong adalah tumpuan utama bagi apa-apa rombongan saja.

Dengan tutur kata yang mesra, ia akan memastikan peserta rombongan berasa selesa bersama dengan pemandu pelancong bertugas. Sekaligus ini boleh membuatkan lawatan menjadi lebih santai dan menyeronokan. Tetapi kemesraan itu harus ada batasnya sebab jika terlalu mesra, kadang-kadang orang akan mengambil kesempatan pada anda pula.

4. Berpengetahuan

Sebagai pemandu pelancong, berpengetahuan mengenai lokasi tumpuan pelancong adalah satu kemestian seperti sejarah dan isu semasa sambil disampaikan dengan cara yang mesra dan santai. Dengan mempunyai pengetahuan tertentu, pasti ia akan membuatkan peserta rombongan rasa seronok ketika berada dalam lawatan.

5. Penglipur-Lara

Pemandu pelancong yang bagus adalah jika ketika penyampaian maklumat dan cerita, pemandu pelancong tersebut mampu membawa peserta lawatan bersama dalam menyelami penceritaan mereka.

Secara umum, pemandu pelancong yang lucu memang mendapat sambutan yang baik bagi para pelancong.

6. Interaktif

Pemandu pelancong juga harus lebih berinteraktif ketika mengendalikan rombongan. Jika rombongan hanya mendengar celoteh dari pemandu pelancong sahaja pun ia akan mengundang rasa bosan kepada peserta rombongan kerana tiada interaksi dari pihak perserta rombongan.

Jadi salah satu contohnya, pemandu pelancong boleh membuat pop kuiz dan menyediakan hadiah-hadiah untuk mereka yang mampu menjawab soalan-soalan berkenaan lawatan tersebut.

Hadiah yang disediakan tidak perlu mahal sangat harganya. Boleh anda beli sikit keychain dan poskad dan hadiah seperti ini juga sudah memadai untuk pelancong.

7. Kelakar

Pemandu pelancong harus mempunyai sifat kelakar dan mudah tersenyum. Maksud kelakar di sini bukan lah menjadi seperti seorang badut tetapi mungkin ada beberapa teknik yang mereka boleh gunakan untuk membuatkan penyampaian mereka lebih kelakar. Contohnya bercerita tentang situasi kelakar kepada peserta rombongan. Nescaya, peserta rombongan akan lebih berminat untuk berinteraksi dengan pemandu pelancong.

8. Peka

Pemandu pelancong harus menguruskan peserta rombongan yang terdiri dari tujuh sehingga 44 orang. Bukanlah kerja mudah untuk memberikan perhatian kepada setiap peserta. Lebih ramai bilangan peserta, lebih sukar untuk memberikan perhatian kepada setiap dari mereka. Di sini pemandu pelancong harus peka pelbagai jenis orang, termasuk lapisan umur yang berbeza selain dari mereka yang memerlukan perhatian istimewa seperti warga emas dan kanak-kanak.

9. Stabil

Ketika memberi penerangan kepada peserta rombongan, pemandu pelancong harus memberikan penyampaian yang stabil yakni tidak terlalu perlahan dan tidak pula terlalu perlahan untuk memastikan peserta rombongan faham perkara yang disampaikan. Jika melakukan ‘walking tour’ pastikan kelajuan perjalanan adalah dalam keadaan yang stabil dan sesuai dengan peserta rombongan. Kerana ia berbeza bagi rombongan yang terdiri dari warga emas dan mereka yang lebih muda.

10 Fleksibel

Lebih bagus jika pemandu pelancong boleh menggunakan pendekatan yang lebih fleksibel kerana ia dapat menentukan mereka adalah pemandu pelancong yang bagus. Personaliti yang bersahaja dan spontan kadangkala boleh membuatkan lawatan menjadi menyeronokkan.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *