Kita sering diingati bahawa barang larangan yang tidak dibenarkan dibawa semasa menaiki pesawat. Secara umumnya, kami tahu bahawa air minuman adalah tidak dibenarkan. Akan tetapi, selain daripada itu, apakah barang larangan yang anda tahu?
Hari ini admin akan berkongsi dengan anda semua 10 jenis barang yang tidak dibenarkan untuk membawa bersama semasa menaiki kapal terbang. Perlu diingatkan bahawa ada sesetengah barangan yang bukan sahaja tidak dibenarkan “hand carry”, malah juga tidak diizinkan untuk masuk ke dalam kabin kargo.
1. Peralatan Swafoto/ Selfie Stick
Peralatan bentuk batang yang melebihi 25cm dan diameternya mencecah 1cm, semuanya tidak dibenarkan bawa bersama. Tripod juga tidak dikecualikan, ia wajip diletakkan dalam bagasi kargo. Ini adalah disebabkan barangan yang mempunyai kepanjangan yang melebihi 25cm tidak dapat dimuat di dalam cabinet. Dan ia juga akan menduduki banyak ruang. Jadi barangan ini tidak dibenarkan.
2. Sumber Kuasa Bergerak/ Bateri Lithium Simpanan
Ia membawa risiko kebakaran terhadap kargo, oleh itu bateri atau sumberkuasa bergerak(powerbank) hanya boleh didaftar masuk bersama dengan penumpang dan kargo adalah tidak diizinkan.
3. Air
Air minuman yang dibawa bersama semasa semakan kastam sememangnya akan dibuang oleh pegawai, oleh itu dicadangkan agar membawa botol kosong. Hal ini kerana perkhidmatan mesin dispensi air lazimnya disediakan oleh pihak pengurusan lapangan terbang. Anda boleh mengisi setelah melepasi pemeriksaan keselamatan.
Anda juga boleh meminta pramugari untuk memberi anda air kosong. Pembelian air dalam lapangan terbang adalah tidak digalakkan kerana air yang dijual dalam premis tersebut berharga tinggi umpama berlian.
4. Ubat-ubatan
Pil-pil boleh dibawa ke atas pesawat manakala ubat yang berbentuk cecair akan diuruskan seperti bahan cecair yang lain, di mana anda perlu mengisi dalam botol yang berkapasiti 100ml ataupun terus masuk dalam bagasi kargo. Jika ubat-ubatan tersebut perlu dibawa minum dalam kapal terbang, maka anda perlu sertakan bukti perskripsi yang mempunyai pengesahan dari doktor.
5. Payung
Lazimnya, payung mempunyai struktur dalaman yang rendah, oleh itu adalah dibenarkan untuk bawa ke kapal terbang. Bagi sesetengah jenis payung yang berbentuk unik seperti pedang samurai, “machine gun” dan sebagainya. Anda dicadangkan agar simpan dan letak bersama dengan bagasi atau dihantar dengan kargo.
6. Cecair yang Melebihi 100ml
Sebenarnya, peraturan ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Akan tetapi ramai kawan yang tersalah tafsir makna had kapasiti 100ml. Nilai yang disebutkan oleh pihak berkenaan bukan menandakan kandungan cecair tetapi saiz botol.
Contohnya, jika anda mempunyai shampoo yang mempunyai baki sebanyak 50ml yang diisikan dalam botol yang bersaiz 200 ml, bolehkah anda membawa bersama? Jawapannya adalah tidak! Sebab pihak berkenaan adalah kenakan pada had kapasiti botol dan bukan kandungannya.
7. Pisau dan Barangan Tajam
Diingatkan bahawa benda yang dimaksudkan sini adalah seperti pissau ukir seni, gunting kecil, pemetik kuku dan sebagainya. Sekiranya anda ada membawa manicure set bersama anda untuk naik kapal kerbang, maka jangan lupa untuk keluarkan dari beg “hand carry” anda dan masukkan ke dalam luggage yang anda nak check in untuk penghantaran kargo!
8. Raket Badminton
Lazimnya, peralatan sukan adalah barang yang diawasi ketat serta dipandang serius oleh pihak pengurusan. Hal ini kerana, barangan seperti batang kriket boleh digunakan sebagai senjata serangan dan seterusnya, larangan ini juga diteruskan ke atas raket badminton.
Mungkin ada orang yang akan tertanya, bagaimana pula dengan alatan wushyu atau seni bela diri? Semua alatan ini boleh dipertimbangkan untuk masuk dalam kargo untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku.
9. Pemetik Api
Hanya pemetik api yang biasa sahaja dibenarkan. Maka bagi mereka yang merokok, tidak jadi masalahlah bagi mereka ambil pemetik api bersama mereka semasa naik kapal terbang.
Tetapi jika anda paka pemetik api biru, anda tidak dibenarkan untuk bawa ia naik kapal terbang juag. Hal ini adalah kerana pemetik api biru merupakan alat yang lebih berbahaya, maka ia dilarang sama sekali. Anda tidak mempunyai pilihan selain daripada masuk kargo.
10. Saiz Bagasi yang Besar/Kecil
Bagasi “hand carry” mempunyai had keberatan yang tidak boleh melebihi 7 kg. Dan saiz bagasi untuk angkat sendiri secara umumnya adalah dalam lingkungan 23 x 35 x 55cm.
Namun diingatkan bahawa polisi syarikat penerbangan yang berlainan mungkin menjadikan had jisim atau saiz yang berbeza. Jika anda ingin dapatkan maklumat yang lebih tepat, anda disarankan agar menghubungi syarikat yang berkaitan.
Oh! Rupa-rupanya begitu banyak benda yang tidak dibenarkan dibawa bersama semasa menaiki kapal terbang! Harap lepas baca artikel ini anda boleh mendapat tahu sedikit pengetahuan tentang apa-apa barang yang tidak boleh anda angkat bersama anda semasa pergi menaiki kapal terbang.